Oleh: Aida Aziz

KAMPAR: Penanaman spesies Orkid Kinta Weed di Taman Alam Kinta dekat sini, dilihat berupaya untuk melindungi kelangsungan hidup flora endemik itu yang hanya boleh ditemui di Lembah Kinta.

Orkid Kinta Weed atau nama saintifiknya, Papilionanthe Hookeriana berdaun seperti jarum dan merupakan satu-satunya spesies orkid yang mampu tumbuh dan hidup di kawasan lombong.

nolee.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan,Kesenian,Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata, pemilihan Taman Alam Kinta sebagai lokasi konservasi spesies orkid itu adalah keputusan tepat.

Katanya, taman alam itu kini menjadi habitat semulajadi kepada lebih 150 jenis burung dan salah satu destinasi tarikan pelancongan di daerah ini.

“Dengan penubuhan semua Taman Alam Kinta di bawah Perbadanan Taman Negeri, kami yakin ianya akan membantu ke arah pemerkasaan industri pelancongan.

“Tidak banyak usaha sekakat ini untuk melindungi dan menanam orkid jenis ini di Malaysia. Diharapkan penanaman yang kita mulakan hari ini dapat membiakkan lebih banyak Orkid Kinta Weed,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Program Penanaman Orkid Kinta Weed di Taman Alam Kinta di sini, hari ini.

b4251e19-61d4-4d29-86e7-0f64746e37d1

Program itu diserikan dengan keberangkatan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah yang berkenan menyempurnakan pelancaran dengan menandatangani plat khas penanaman Orkid Kinta Weed.

Baginda turut berkenan mendengar taklimat berkaitan orkid, selain mencemar duli meninjau kawasan penanaman tumbuhan tersebut di sekitar Taman Alam Kinta.