IPOH: Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) hari ini mengorak langkah progresif dengan menawarkan tiga program Ijazah Sarjana dalam bidang pengkhususan hasil kerjasama strategik bersama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Ketua Pegawai Eksekutif TIC, Tina Tajuddin berkata, pendekatan itu dilaksanakan dengan objektif murni dalam memberi ruang kepada anak muda untuk mencapai impian mereka memiliki ijazah di peringkat tertinggi.

8f3dcaf9-85ee-4fb7-8cf9-6ca2397171b6Katanya, idea tersebut diilhamkan sejajar dengan gagasan Dasar Pelajaran Malaysia yang menyasarkan lebih banyak pemegang Ijazah sarjana di negara ini.

“Kerjasama di antara Unimas dan TIC ini merupakan satu permulaan yang cukup berwawasan khusus untuk mereka yang berazam untuk mencapai peringkat pasca siswazah di universiti tempatan.

“Saya mengalu-alukan pendaftaran semua pihak kerana ianya merupakan program fast-track iaitu hanya mengambil masa 18 bulan untuk pelajar menggenggam ijazah dari universiti berprestij, Unimas,” katanya kepada Suara Perak.

Tambah Tina, program perintis pasca siswazah yang dilancarkan baru-baru ini, program kolaborasi TIC-Unimas menawarkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Sumber Manusia, Ijazah Sarjana dalam Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Korporat dalam Pentadbiran Keusahawanan.

Beliau berkata, sebanyak 50 ruang percuma disediakan bagi mereka yang mendaftar awal untuk pengambilan Oktober, selain peluang memohon biasiswa dan kemudahan pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pembayaran yuran.

46725a27-6b4e-42f3-a2ff-a2fc25dd23ba

 

276fdc98-fb96-4584-8670-08816e745a6a

Jelasnya, dengan kerjasama Unimas, menjadi tanggungjawab TIC untuk menyediakan platform yang kondusif sebagai institut pengajian tinggi berprestij untuk memantapkan sistem pendidikan negara.

“Buat mereka yang berminat, inilah masa terbaik bagi meningkatkan lagi tahap pendidikan masing-masing. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi Gopi (016-444 6709), Rizal ( 017 -589 8682) atau Ajmila (017 476 9381) dengan segera,” katanya lagi.