BATU PAHAT: Akibat ketagih seks seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di sini, mengaku sudah melayani kira-kira 10 lelaki termasuk merakam perbuatan itu sebelum diselamatkan oleh guru kaunseling yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa mengaku sudah melakukan lebih 20 kali persetubuhan termasuk lebih dari satu lelaki dalam satu masa atas suka sama suka sejak akhir 2017, di rumah datuknya, di Ayer Hitam, di sini.

Beliau berkata, polis melancarkan ‘Op Remaja’ sejak Khamis lalu hingga hari ini dan menangkap 11 suspek berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun yang disyaki terbabit.

“Seramai empat pelajar ditangkap di kawasan sekolah sekitar Batu Pahat dan tujuh lagi pelajar ditangkap semasa berada di rumah.

“Mangsa tinggal bersama datuk dan neneknya manakala ibu dan ayahnya serta adik-beradik lain tinggal di luar Johor. Mangsa merupakan anak sulung daripada lima beradik.

“Mangsa mengaku mengambil rakaman video semasa melakukan hubungan seks. Kali terakhir mangsa melakukan hubungan seks adalah pada 18 Jun lalu di tandas bahagian luar rumah datuknya.

“Kali pertama melakukan hubungan seks adalah bersama rakannya nama berumur 14 tahun. Kejadian berlaku di dalam bilik tidur mangsa, rakannya yang turut mengambil rakaman video ketika mangsa melakukan hubungan seks, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pakar Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), mendapati terdapat kesan koyakan lama pada selaput dara mangsa manakala hasil ujian air kencing yang dijalankan mengesahkan mangsa tidak mengandung.

“Pada 1.20 petang 31 Julai lalu, polis menerima maklumat daripada pihak memaklumkan bahawa menerima mangsa yang dibawa oleh gurunya kerana disyaki sudah dirogol.

“Pada 31 Julai lalu kira-kira 10 pagi, mangsa datang ke Klinik Kesihatan Batu Pahat bersama guru kaunseling sekolahnya untuk mendapatkan rawatan

selepas membuat pengakuan sudah melakukan hubungan seks dengan ramai orang.

“Tujuan guru kaunseling membawa mangsa ke HSNI adalah untuk merawat masalah ketagihan seks yang dialami oleh mangsa termasuk ketika Ramadan lalu di tandas tepi rumah datuknya secara bergilir-gilir.

“Pada 12.01 pagi 18 Jun lalu, mangsa melakukan hubungan seks bersama dua rakannya di rumah datuk mangsa. Dalam kejadian ini, mereka merakam aksi seks terbabit,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dirujuk ke HSNI untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol secara berkumpulan.

Katanya, jika disabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun – berita harian