PETALING JAYA: Video klip kedua seorang lelaki yang seiras pemimpin pembangkang sedang menari bersama seorang wanita di sebuah kelab malam pula tersebar.

Tidak seperti video pertama, rakaman berdurasi 12 saat itu menunjukkan kelibat wanita yang tidak dikenali itu bersama wakil rakyat parti pembangkang.

Lelaki itu memakai kemeja-t dan wanita itu dengan gaun dan kedua-duanya kelihatan menari sambil memeluk satu satu lain.

Lelaki itu dikatakan mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Kedua-dua video melibatkan lelaki berkenaan telah menjadi viral di media sosial.

Bagaimanapun, sebelum ini Zairil telah menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya.

“Bukan saya, semuanya mengarut,” katanya pada Rabu.

Bagaimanapun tidak jelas di mana dan bila ia dirakam.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/03/09/video-klip-kedua-zairil/#0jwez00sd9ScrbLR.99