SHAH ALAM – Satu rakaman yang memaparkan seorang pelajar sekolah menengah di sini dipukul sebagai simbolik bagi meraikan sambutan hari lahirnya tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam video berdurasi 29 saat itu kelihatan lapan lelaki termasuk seorang pengawas telah menyepak dan memukul pelajar tersebut menggunakan sebatang kayu.

Malah, sambil memukul pelajar tersebut, kesemua lapan pelajar itu juga menyanyikan lagu “Happy Birthday Khairul”.

Difahamkan, ia merupakan amalan biasa pelajar menyambut hari lahir.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan ketika mengulas kejadian itu memberitahu, satu siasatan sedang dijalankan bagi menyiasat secara terperinci berhubung kes tersebut.

Katanya, siasatan tersebut akan diketahui dalam masa beberapa hari lagi dan sekolah berkenaan telah dikenalpasti. – K! ONLINE

Video Tular Pelajar Dipukul Ikut Tradisi Sambut Hari Lahir

Sebuah video tular di media sosial memaparkan kejadian seorang pelajar lelaki dipukul sekumpulan pelajar lain di dalam sebuah bilik darjah.Dalam video berdurasi 29 saat itu, kelihatan lapan pelajar lelaki termasuk seorang pengawas memukul dan menyepak mangsa menggunakan batang penyapu.Dipercayai pelajar tersebut menjadi mangsa amalan tradisi kerana menyambut hari lahir. Kejadian dikatakan berlaku di sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor.

Posted by NX Digital on 14hb April 2018