PETALING JAYA : Putrajaya hari ini mengambil keputusan menggantung sementara semua visa kepada rakyat China dari Wuhan dan Hubei, susulan wabak koronavirus yang mengorbankan lebih 2,000 orang seluruh dunia.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan menggantung sementara kemudahan imigresen iaitu eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel
koronavirus 2019 (2019-nCoV) di China, khususnya di wilayah Hubei dan ianya adalah berkuatkuasa serta merta.

“Kemudahan imigresen ini akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal,” menurut kenyataan itu,” menurut kenyataan itu.

Terbaru, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad mengesahkan seramai 5 orang yang mempunyai simptom novel koronavirus (2019-nC0V) mendapatkan rawatan di negara ini, yang semuanya warganegara China.

“Seorang di Bintulu, 2 orang kanak-kanak di Hospital Langkawi dan 2 orang kanak-kanak lagi di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Dzulkefly berkata, sejak 10 Jan lepas sehingga 26 Jan, jumlah kumulatif kes pesakit di bawah siasatan (PUI) terhadap novel koronavirus (2019-nC0V) adalah sebanyak 37 kes.

“Daripada jumlah itu, 18 adalah warganegara Malaysia, 18 warganegara China dan seorang warganegara Jordan. Daripada jumlah kes ini, terdapat satu kes yang positif 2019-nCoV seperti dimaklumkan sebelum ini,” katanya.