SYDNEY: Tiga maut manakala 12 lagi jatuh sakit selepas dijangkiti wabak listeria yang dipercayai ada kaitan dengan buah rockmelon atau tembikai wangi yang tercemar, kata pihak berkuasa Australia.

Wabak itu turut dikaitkan dengan tembikai yang dikenali sebagai cantaloupes yang ditanam di timur New South Wales, demikian menurut pihak berkuasa makanan yang mengesahkannya di laman web mereka.

Difahamkan, syarikat pengeluar yang masih dirahsiakan identitinya sudah menghentikan operasi dan dalam proses siasatan.

NSW Health berkata lewat semalam, semua 15 mangsa adalah warga emas yang menetap di sekitar Victoria hingga ke Tasmania.

“Kami mengesahkan bahawa 13 daripada 15 kes mengalami gejala dan jatuh sakit selepas memakan rockmelon,” kata Pengarah Penyakit Berjangkit, NSW Health, Dr Vicky Sheppeard dalam satu kenyataan akhbar – berita harian