KUALA LUMPUR – Pertengkaran sepasang kekasih berakhir dengan tragedi berdarah apabila wanita berkenaan bertindak terjun dari tingkat 17 kondominium 288 Residence, Kuchai Lama di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mei Lan, 23 tahun dikatakan pergi ke kondominium tersebut untuk bertemu kekasihnya yang menyewa di kawasan berkenaan.

Sumber memaklumkan, berlaku perselisihan faham antara mangsa de­ngan teman lelaki­nya sehingga membuatkan wanita itu nekad terjun dari tingkat 17 bangunan tersebut.

“Mangsa maut di lokasi selepas jatuh di tingkat tiga berhampiran kolam renang dalam bangunan tersebut.

“Ketika kejadian, teman lelakinya cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal,” katanya di sini semalam.

-Kosmo