Nurfifizuraini Zahari

BUKAN sekali tapi dua kali! Begitulah nasib menimpa seorang gadis yang menjadi mangsa gangguan seksual lelaki sama di tempat letak kereta di sebuah pasar raya terkemuka di Ipoh, Perak.

Rakaman berdurasi 20 saat dikongsi Nurfifizuriani Zahari yang memaparkan lelaki tersebut menunjukkkan alat sulitnya tanpa rasa malu menjadi tular di Twitter.

Nurfifizuraini atau lebih mesra disapa Fifie berkata insiden kedua berlaku selang beberapa bulan selepas dia menjadi mangsa gangguan seksual lelaki yang sama.

“Saya pernah kena dengan lelaki sama beberapa bulan lalu. Tapi tak sangka pula kes sama berulang lagi pada petang Jumaat.

“Saya rasa dia memang dah aim saya. Sebelum tu saya tengok dia tengah bekerja tolak troli. Tapi bila dia tengok saya nak masuk parking dia terus tinggalkan troli tu.

“Dia pergi ke depan kereta saya dan buka seluar dia. Tapi saya marah dia dan cepat-cepat keluar kereta dan masuk ke dalam pasar raya,” katanya lapor mStar.

Sebaik keluar membeli barang yang dikehendakinya, Fifie terkejut apabila lelaki tersebut tidak ‘makan saman’ dan mengulangi perbuatan sumbang itu.

“Saya ingatkan bila saya marah tu dia tak buat dah. Tengok-tengok dia pergi ke depan kereta saya dan tunjukkan anu dia.

“Waktu tu memang saya nervous. Saya call kawan saya dan cuba tenangkan diri. Ramai tanya kenapa rakam? Kenapa tak hon? Kenapa tak langgar je? Saya masih lagi waras.

“Netizen boleh cakap apa saja sebab mereka tak ada di tempat saya. Saya bukan saja-saja nak record tapi rakaman tu sebagai bahan bukti kepada polis,” katanya.

Malah gadis berusia 22 tahun itu berkata lelaki tersebut yang juga pekerja di pasar raya berkenaan seolah-olah ‘merelakan’ perbuatannya dirakam.

“Waktu nak rakam tu rasa takut juga tapi lelaki tu buat muka dek je. Dia memang tak ada rasa malu langsung.

“Saya ingatkan dia akan blah tapi dengan bangganya dia tayang anu dia,” katanya.

Bimbang insiden sama berulang lagi, Fifie hadir ke balai polis Chemor, Ipoh untuk membuat laporan polis berkenaan perbuatan lelaki itu.

“Saya baru je balik dari buat polis report (pagi Sabtu). Saya beri rakaman lelaki tu sebagai bahan bukti.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasat perkara tu sebab kes ini dah banyak kali berlaku.

“Saya dapat juga mesej daripada ex saya beritahu girlfriend dia pun pernah kena dengan lelaki sama,” katanya.

Fifie berkata dia memuatnaik video itu di Twitter kerana mahu orang ramai berhati-hati semasa berkunjung ke pasar raya tersebut.

“Saya post video tu supaya orang ramai lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling mereka. Pelaku tidak mengenal mangsa.

“Saya juga mahu orang yang pernah mengalami nasib sama supaya lantang bersuara. Jangan takut untuk pertahankan diri anda,” katanya.

Ditanya sama ada dia sudah membuat aduan kepada pasar raya terbabit, Fifie berkata dia sudah bertanyakan sendiri mengenai lelaki tersebut kepada kakitangan di pasar raya itu.

“Saya ada tanya dekat salah seorang staf dekat situ. Dia kata lelaki itu sakit. Jadi dia minta tak panjangkan isu tersebut.

“Saya agak terkilan juga sebab sepatutnya pihak pasar raya terbabit lakukan sesuatu bukan minta mangsa berdiam diri untuk jaga nama baik syarikat.

“Jangan sampai sesuatu yang buruk berlaku barulah bertindak. Ni saya yang kena macam tu. Cuba anda bayangkan kalau dia buat macam tu dekat depan kanak-kanak,” katanya.

-MStar