IPOH – Cubaan seorang wanita warga Vietnam untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam laut apabila gagal tersangkut di dalam lumpur.

Kejadian berlaku di Pasir Panjang Luat dan wanita berkenaan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung, Husni Syawal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.57 tengah hari, di sini hari ini.

Menurutnya, cubaan mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu untuk bunuh diri gagal setelah tersangkut dalam lumpur.

“Anggota bomba menggunakan papan dan menggelongsor di atas papan untuk menyelamatkan mangsa kerana lumpur sehingga paras pinggang.

“Mangsa berjaya diselamatkan sejam kemudian dan dibawa ke tempat yang selamat,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih belum diketahui dan wanita tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.