GERIK – Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 48 Jalan Raya Timur Barat (JRTB), di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang memandu kereta, maut di tempat kejadian kejadian.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi malam tadi mengesahkan kejadian itu.

 

-Sinarharian