IPOH: Seorang wanita dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Pinji selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan jalanraya berhampiran Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh, di sini.

Mangsa dikenali sebagai Salini a\p Vijayakumar, 24, dah telah berkahwin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu 6.24 petang Isnin.

“Setibanya di tempat kejadian, disyaki seorang wanita berusia dalam lingkungan 24 tahun telah terlibat dalam kemalangan jalanraya.

“Mangsa dipercayai menunggang motosikal dan terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan di sini.

Motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kereta di atas jambatan yang sedang dibaiki sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Operasi pencarian secara ‘surface searching’ dilakukan tetapi sehingga awal pagi Selasa, mangsa belum ditemui.