TAIPING: Seorang lelaki warga asing dipercayai dibunuh dan mayatnya disumbat dalam sebuah tong di Trong, dekat sini.

Mayat itu telah ditemukan polis di kawasan Ladang Getah Kampung Masjid Air Terjun, Padang Gajah Trong petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superitendan Ismail Che Isa, berkata mayat lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui dengan kepala di bahagian bawah dan kaki di atas pada jam 6.45 petang.

“Mayat ditemui di dalam tong dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas dan dipercayai kejadian (bunuh) masih baru kerana tiada bau.

“Bagaimanapun, identiti mayat itu belum dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, mayat berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan luka akibat tetakan pada leher.

Katanya, usaha mengesan penjenayah sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan