AMPANG: Lelaki dipercayai warga asing maut ditetak di kawasan semak dekat Kampung Berembang Hulu, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa dikatakan ditetak di bahagian muka dan leher, sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya belum dapat mengenalpasti identiti mangsa, namun maklumat awal mendapati mangsa adalah warga asing.

“Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian sebelum pegawai penyiasat dan pasukan forensik bergegas ke lokasi.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti identiti mangsa kerana tidak menemui sebarang dokumen pada badannya selain usaha giat memburu suspek dalam kejadian ini.

ÔÇťOrang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini – berita harian