SUNGAI SIPUT: Seorang warga emas yang terperangkap selama enam hari dalam rumah setelah diserang angin ahmar akhirnya diselamatkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dalam kejadian di sini pada pagi Sabtu.

Dalam insiden tersebut, mangsa, Abdullah Ibrahim,64, dipercayai telah diserang angin ahmar dan terlantar dalam rumahnya di Jalan Dovenby, dekat sini, sejak enam hari lepas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Suhaimi Abd Samad ketika dihubungi Astro Awani berkata pihaknya menerima maklumat mengenai warga emas malang itu sekitar pukul 9.25 pagi daripada orang awam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Setibanya kami di rumah, kami mendapati warga emas itu berada dalam keadaan lemah dan sangat tidak bermaya, malah beliau juga tidak mampu menggerakkan anggota badannya.

“Pemerhatian kami mendapati bahawa mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan terlantar setelah diserang angin ahmar,”katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka kunci rumah warga emas itu sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.