KUALA KANGSAR: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kehidupan seorang warga emas yang selama ini berteduh di sebuah rumah beratapkan nipah menjadi perit setelah kematian suaminya.

Tidak lama selepas itu, kesihatan anak tunggalnya yang disahkan menghidap penyakit anemia juga bertambah teruk dan dia juga terpaksa menjaga seorang kakaknya yang cacat penglihatan.

e4ea1d1b-261d-47b7-8b2f-cc470eee2d08

Aminah Jilani, 69, merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai masalah pendengaran, kini hanya bergantung harap kepada pendapatan mengopek ikan bilis dan tuaian bendang sawah berhampiran rumah mereka.

Mujur, kehidupan tiga beranak itu didengari dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang tampil meringankan beban mereka.

Aminah berkata, dia didatangi oleh pegawai MAIPk yang kemudian membantu menghantar permohonan mendapatkan sebuah mereka bagi mereka yang tergolongn dalam kumpulan asnaf negeri.

“Memang hidup kami susah, setiap bulan kerja kami cuma mengopek ikan bilis dan menuai padi, tapi itu pun bermusim, sebulan pun sekitar RM200 sahaja, dan selepas kematian suami makcik, susah nak baiki rumah yang sana-sini berlubang kami semua perempuan.

cfc6341d-3e8d-4599-ba28-1c2778f4706c“Selalunya, bila hujan ribut atap kami akan bocor dan rumah akan dipenuhi air, bila dinding dah berlubang kami cuba boleh tampal dengan tikar mengkuang sahaja, itu sahaja yang kami mampu,” katanya kepada Suara Perak.

Aminah berkata, pemberian sebanyak RM50,000 daripada BPMB merupakan satu rahmat kepada keluarganya, apatah lagi dengan keadaan kesihatan ketiga-tiga mereka yang tidak mengizinkan.

Sementara itu, Saliah Chan, 80, berkata pemberian rumah itu kini akan memudahkan pergerakannya untuk berjalan di sekitar perkampungan tersebut.

Menurutnya, selepas kematian suami sejak 20 tahun lepas, dia hanya menumpang di rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya.

“Selepas rumah itu rosak, kami pindah pula ke rumah sewa tetapi rumah itu pun dah banyak papan yang reput, kalau hujan cuma mampu tampal dengan atap nipah, maklumlah rumah.

“Tetapi, pemberian rumah ini makcik rasa bersyukur sangat, dapatlah makcik rasa selesa sementara masih panjang umur ini,” katanya sambil tersenyum.

Kedua-dua mereka merupakan antara penerima dalam Bantuan Bina Rumah “Program Teduhan Kasih” BPMB dengan kerjasama MAIPk di Kg Chuar Kati, di sini petang Rabu.