SITIAWAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar menoreh getah di Kampung Koh, di sini, pagi Jumaat dijumpai terjatuh di dalam perigi.

Mangsa dikenali sebagai Chong Eng Koon, 70, dijumpai di dalam perigi yang mempunyai kedalaman empat meter.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan lelaki itu kira-kira 11.40 pagi ini.

Katanya, mangsa dijumpai di dalam perigi tersebut kira-kira jam 10 malam.

“Anggota bomba menggunakan tangga dan tali untuk mengangkat mangsa naik ke atas,” katanya di sini pada Jumaat malam.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak bomba untuk tindakan selanjutnya.