SITIAWAN: Seorang warga emas dikhuatiri hilang ketika keluar menoreh getah di Kampung Koh, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Chong Eng Koon, 70 tahun.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu kira-kira 11.40 pagi ini.

Katanya, pihak polis memohon bantuan bomba untuk mencari mangsa yang hilang.

“Operasi pencarian masih diteruskan bersama-sama pihak polis dan sehingga kini tiada lagi sebarang petunjuk kehilangan mangsa,” katanya di sini.