Subscribe Now

Trending News

Warga emas mati dalam kereta akibat serangan jantung
Dalam Negeri

Warga emas mati dalam kereta akibat serangan jantung 

Mohd. Ali Tamby

IPOH  Seorang lelaki, Ng Whai Khim, 71, maut di dalam kereta akibat serangan jantung di tepi rumahnya di Persiaran Bercham Selatan, Bercham Indah di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 3.45 petang itu berlaku ketika Whai Khim sedang mengundurkan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya sebelum hilang kawalan akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kejadian menimpa mangsa itu disedari isteri mangsa setelah terdengar bunyi kereta terlanggar sesuatu di luar rumah mereka.

Katanya, menyedari suaminya dalam keadaan tidak bermaya, wanita berusia 69 tahun itu segera menghubungi ambulans dan pihak polis untuk bantuan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat serangan jantung oleh pembantu perubatan.

“Menurut isteri mangsa, suaminya mempunyai rekod sakit jantung dan buah pinggang. Pemeriksaan awal mendapati tiada perlakuan jenayah dikesan ke atas mangsa,” katanya.

Related posts