IPOH: Seorang lelaki warga emas maut akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan Queen, Pasir Pinji, dekat sini pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata dalam kejadian sekitar 7 pagi itu, mangsa berusia 83 tahun itu yang dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Axia maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut sedang menghala ke Taman Rasa Sayang dan setibanya di lokasi kejadian,mangsa secra tiba-tiba sedang melintas jalan.

“Kenderaan tersebut yang turut dipandu oleh seorang warga emas telah berlanggar dengan mangsa yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya kepada pemberita.

Mohd Ali berkata punca kemalangan tersebut adalah disebabkan mangsa yang secara tiba-tiba melintas jalan dari arah kanan ke kiri di lokasi kejadian.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan,”katanya lagi.