Subscribe Now

Trending News

Warga Emas Maut Dirempuh 4WD Di Gerai Tepi Jalan
Dalam Negeri

Warga Emas Maut Dirempuh 4WD Di Gerai Tepi Jalan 

PARIT 17 Jan. – Seorang warga emas yang sedang berehat di sebuah gerai di tepi jalan, maut setelah dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang terbabas di KM 3, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, hari ini.

Kejadian yang berlaku pukul 12.10 tengah hari itu menyebabkan Mat Tawi Pandak Kudong, 78, dari Kampung Padang Kunchor, Bota Kanan, tercampak sehingga ke luar gerai.

Mangsa yang dirawat di Hospital Changkat Melintang kemudiannya disahkan meninggal dunia. – UTUSAN ONLINE

Related posts