IPOH: Polis telah merakamkan keterangan dua beranak, susulan kejadian seorang warga emas maut, dipercayai dirodok dengan sudu besi dalam satu pergaduhan, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, Mohd Ali Tamby bagaimanapun berkata, tertuduh masih tidak sedar di wad.

Menurut beliau, bedah siasat mayat mangsa dijalankan pada Ahad dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari Sabtu, seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan kesan luka di dada dalam satu kejadian pergaduhan di sebuah rumah kedai di Jalan Theatre, di sini.

Mangsa, Chai Ah Kin, 83 tahun, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk akibat ditikam dengan sudu besi oleh suspek lelaki berusia 30-an.

Dalam kejadian itu, suspek turut mengalami cedera parah setelah ditetak oleh seorang lagi lelaki yang mahu menyelamatkan seorang wanita yang merupakan ibunya daripada dicekik.