BATU GAJAH: Seorang warga emas maut dalam sebuah kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12, berhampiran lampu isyarat susur masuk Batu Gajah pada pagi Selasa.

Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi itu, Chong Siew Moi@Moy, seorang pekerja kilang di Pusing maut ditempatkan kejadian, dipercayai tercampak dari motosikal yang ditunggangnya setelah berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke Ipoh merempuh bahagian belakang Proton Saga sebelum bergesel dengan motosikal yang dibawa mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, sebuah lori yang datang dari arah Ipoh gagal memperlahankan kenderaannya dan melanggar Perodua Kancil berkenaan sebelum mengheretnya ke bahagian tengah jalan,” katanya ketika dihubungi Suara Perak.

Menurutnya, mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.

Mohd Nasri berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

kemalangan 6kemalangan 5kemalangan 2kemalangan 4