Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Seorang lelaki warga emas maut setelah dipercayai terjatuh di dalam bilik air di sebuah rumah di Jalan Palma, Bandar Seri Botani, di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar 5 petang itu, mangsa berusia 68 yang belum dikenalpasti identitinya itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas mendapat panggilan sekitar 5.40 petang.

“Kami mendapati seorang lelaki berusia 68 tahun, mempunyai fizikal berbadan besar dan pemerhatian awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh di bilik airnya.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan hospital dan kami bertindak mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita.

Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Abdul Razak Shaari itu tamat sekitar 6.30 petang.

 

warga-emas-jatuh 2