Subscribe Now

Trending News

Warga Emas Terperangkap Dalam Tanah Runtuh
Nasional

Warga Emas Terperangkap Dalam Tanah Runtuh 

MERSING – Seorang warga emas cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat rodanya terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 16, Jalan Jemaluang – Mersing dekat Institut Latihan Perindustrian di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Swee Ah Peng berusia 60-an tahun mengalami kecederaan ringan dan dirujuk di Hospital Mersing di sini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Suprintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu awal pagi tadi.

“Jalan terbabit telah ditutup sepenuhnya untuk kegunaan awam. Laluan tersebut tisak selamat untuk digunakan oleh mana-mana kenderaan buat masa sekarang.

“Buat masa sekarang, pengguna boleh menggunakan jalan alternatif melalui Jalan Nitar – Jemaluang yang menghubungkan Johor Bahru dan Mersing,” katanya.

-K! Online

Related posts