CHANGKAT JERING: Seorang lelaki warga Myanmar maut apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM 69.3, Jalan Ipoh – Butterworth, berhampiran Masjid Al-Naim, dekat sini, tengahari ini.

Menurut polis, kemalangan melibatkan motosikal yang ditunggang warga Myanmar itu dengan sebuah van, kira-kira jam 1.35 tengahari.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu van yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Bukit Gantang dikatakan tidak sempat mengelak motosikal mangsa yang dipercayai melintas ke kanan jalan secara tiba-tiba.

Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.