BAITULMAQDIS: Seorang warga Palestin yang menikam pengawal keselamatan Israel di pintu masuk penempatan zionis berkenaan maut ditembak, hari ini sekali gus menyaksikan keganasan baharu tentera Israel Tebing Barat.

Tentera Israel menerusi satu kenyataan berkata, pengawal keselamatan yang ditikam di pintu masuk di Karmei Tzur di utara Hebron itu mengalami cedera ringan, sebaliknya pemuda Palestin malang itu maut terkena tembakan seorang lagi pengawal keselamatan Israel yang turut berada di tempat kejadian.

Tiada maklumat lanjut diberikan malah identiti warga Palestin belum dapat dikenalpasti.

Dalam kejadian berasingan pada Isnin lalu, seorang warga Israel ditemui dengan kesan tikaman di penempatan mereka di Ariel, Tebing Barat.

Sebagai tindak balas, tentera zionis melakukan serbuan pada lewat malam selasa di satu lagi kawasan penempatan Israel di Narbus terletak di Tebing Barat.

Ia berakhir dengan pertempuran yang mengakibatkan seorang pemuda Palestin terkorban.

Ketegangan meningkat selepas pengisytiharan kontroversi Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 23 warga Palestin dilaporkan terbunuh dalam pertempuran menentang tentera zionis. – AFP