TAPAH: Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Azumu bersahur bersama-sama penduduk di Masjid Al Mukmin, Kampung Batu 3, Jalan Pahang, di sini, hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira jam 4.15 pagi disambut Yang DiPertua Majlis Daerah Tapah, Muhammad Nazri Abdullah, Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail dan penduduk kampung.

Beliau kemudiannya mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk kampung sebelum menjamu selera dengan juadah yang disediakan sendiri penduduk.

Hadir sama petugas-petugas DUN Chenderiang, anggota tentera dari Batalion ke 4 RAMD, anak-anak yatim dan penghuni Madrasah Tarbiah Islamiah, Sungai Gading serta Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN, Kampung Jalan Kachu.