IPOH: Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Azumu mengakui beliau selesa dengan sikap sempoi dan imej santai.

Menurut beliau, mungkin caranya nampak seperti tidak serius tetapi sebenarnya itu cara beliau membawa dirinya.

Beliau berpendapat, akhirnya cara pembawakan diri dengan apa yang dibuat adalah dua perkara yang berbeza.

Beliau mengakui, ramai yang menasihatinya supaya kurangkan ssedikit cara santai tetapi beliau lebih selesa untuk kekal dengan caranya sendiri.

“Saya tak mahu jadi ‘fake’. Saya minta maaf kadang-kadang orang nampak tidak membawa imej kerajaan dan sebagainya tetapi saya memang bukan jenis yang terlalu protokol,” katanya dalam program bersama media di kediamannya di sini.

Ditanya mengapa beliau memakai songkok senget, beliau berpandangan, itulah cara sebenar untuk memakai songkok.

“Cara sebenar memakai songkok ialah cara dahulu ke cara sekarang? Mestilah cara dahulu sebab songkok itu datang dari dulu.

“Saya ikut yang asal kerana asalnya pakai sebegitu. Orang ramai juga ada membuat lawak mengenai saya tetapi jangan terlalu stress dalam hidup kita ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak komited untuk melaksanakan janji manifesto secepat mungkin walaupun tidak pernah menyebut untuk melaksanakannya dalam masa 100 hari.

Mengenai visi lima tahunnya, Perak pernah menjadi antara negeri terkaya di negara ini tetapi sekarang dikatakan antara negeri termiskin.

“We have to change that. Sebagai anak Perak kita mesti bangga, kita mesti ba¬≠ngumkan diri kita,” tambahnya.

Beliau memberitahu, antara perkara yang hendak dibuat ialah lapangan terbang antarabangsa.

“Untuk itu, saya nak percepatkan usaha ini dengan knock on everybody doors. Saya akan jumpa semua orang, saya nak jadi budak kecil nak barang mainan, saya akan dapatkan. Saya nak buat itu untuk Perak.

“Kalau ada lapangan terbang kita mesti bangunan industri pelancongan, hidupkan aero city.

“Kita ada jajaran lebuh raya yang begitu baik tapi malangnya orang dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang datang cuma untuk makan di Ipoh tetapi tak bermalam,” kata beliau.