IPOH: Yayasan Perak mengadakan lawatan amal ke Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah (Pondok Pak Teh) di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu, baru-baru ini.

Rombongan disertai Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff, Pengurus Besar, Aida Hazlyn Hassan, para pegawai serta wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu.

Sempena lawatan, Yayasan Perak menyampaikan sumbangan kepada madrasah itu bagi tujuan menaik taraf utiliti pondok dari segi sistem bekalan elektrik dan paip air.

Mohamad Daud berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban serta dapat memberi keselesaan kepada penghuni madrasah.

Sepanjang berada di Pondok Pak Teh, beberapa aktiviti turut diadakan, seperti tazkirah ringkas, persembahan qasidah dari pelajar Madrasah dan melawat di sekitar kawasan pondok.

20170215_101111

IMG_2039