IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan penerima skim pinjaman Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) agar tidak menggunakan pinjaman yang diterima untuk menyelesaikan hutang.

Menurut beliau, matlamat sebenar penubuhan YBU adalah untuk mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan iaitu mengubah mereka supaya berjaya dalam kehidupan.

“Kita juga ada masalah-masalah sebegini, namun yang paling penting, lebih ramai lagi daripada mereka yang menerima bantuan mikro kredit, yang benar-benar memanfaatkannya untuk tujuan merubah diri dengan menceburi bidang perniagaan yang mampu mengubah nasib mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) di sini pada Isnin. Hadir sama Ketua Pengawai Eksekutif YBUDR, Datuk Ismail Saffian.

Dr Zambry memberikan contoh mengenai 10 orang usahawan yang mencipta kejayaan hasil bantuan yang diberikan oleh YBU .

“Mereka yang sebelum itu mungkin pendapatan lebih RM1,000 tetapi berjaya mengubah kehidupan mereka dengan beroleh pendapatan yang besar hasil penglibatan dalam bidang perniagaan,” ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Zambry turut mengingatkan lebih 100 kakitangan YBU supaya tidak menjadikan YBU sebagai tempat untuk makan gaji tetapi mengamalkan konsep kesukarelawan dalam membantu rakyat golongan miskin di negeri ini.

Menurut beliau, sebagai kakitangan YBU, mereka perlu bertindak kreatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab membantu rakyat miskin yang memerlukan bantuan.

Beliau berharap fungsi dan peranan YBU dapat diteruskan di masa depan walaupun beliau sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar.

Dr Zambry berkata, YBU telah menjadi model dan ikutan, bukan sahaja di kalangan negeri-negeri lain, malah juga negara luar mengenai usaha berkesan kerajaan negeri Perak menangani masalah miskin tegar.

5e610079-9492-475a-b73e-d774faf6052f

5d40b712-0e8c-4a00-b859-b44bb9bf7a98

547c6e30-1d96-4cd8-a4b1-cd9335b30dcb

2f6f468f-8d79-49d9-b12e-02fd3f206865

9265f842-6aa0-4598-99e5-e188b5020cdd

df35daf0-1c2f-4ca2-a35e-929eb28abcd2

ac3d6664-9887-4781-b017-a337705c9268

17f1166f-c7ee-4289-a782-0c9f5fa79ab8