TELUK INTAN: Masyarakat di sekitar Batak Rabit di sini tidak melepaskan peluang memeriahkan Mini Food Carnival Amanjaya & Parenting Workshop yang dilaksanakan bersempena Permukiman Menteri Besar di daerah Hilir Perak.

e02c394f-5e18-45b5-adbf-8c8dcd559bf2Karnival anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) itu turut melibatkan aktiviti berkonsepkan bantuan selain dimeriahkan dengan gerai jualan.

Isteri Menteri Besar selaku Yang DiPertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli hadir bagi merasmikan karnival serta menyampaikan bantuan kotak makanan YBU kepada penerima yang layak.

Hadir sama, ADUN Lintang merangkap Timbalan Exco, Datuk Zolkafly Harun, Ketua Pegawai Eksekutif YBU, Datuk Ismail Saffian dan ahli BAIDURI.

e010aa0b-2ce2-4a4d-bdda-ba0d7f691494

Dalam pada itu Saripah berkata penganjuran karnival makanan dan bengkel keibubapaan ini memberi banyak kesan positif kepada hadirin.

“Bagi saya cabaran ibu bapa hadapi sekarang tidak lain dan tidak bukan iaitu anak-anak yang lebih tumpukan perhatian dengan gajet masing-masing berbanding keluarga.

“Oleh itu masyarakat setempat wajar rebut peluang yang julung kali diadakan di sini, libatkan diri dengan aktiviti yang ada serta pelbagai tawaran menarik yang YBU sediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Food Carnival Amanjaya & Parenting Workshop di Taman Kerentina, Batak Rabit, Teluk Intan.

Antara pengisian program ini termasuk penyerahan 300 kotak bantuan makanan YBU kepada penerima dan jualan GMT (gula, minyak, tepung) dengan harga diskaun.

2330a8be-eb3f-4ff1-bb04-1498d38a1a07

Sementara itu, tidak ketinggalan penyertaan Kedai Bergerak 1Amanjaya (KB1AJ), penglibatan Kolej Teknologi Perak dalam bidang masakan dan jualan produk FAMA.

Terdahulu, Saripah bersama ahli BAIDURI membuat lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Permata Guntung selain melihat produk yang dihasilkan oleh pelatih.