PERAK meraih tiga mata berharga apabila menewaskan JDT, 2-1 pada aksi Liga Super, di Stadium Perak, malam ini.

Perak membuka jaringan menerusi pemain import Yashir Pinto Islame yang berjaya melepasi kawalan pertahanan JDT sebelum menewaskan penjaga gawang, Mohd Farizal Marlias pada minit ke-9.

Tersentak dengan jaringan berkenaan kesebelasan JDT bingkas bangkit mengatur serangan penyerang skuad Harimau Selatan, Ahmad Hazwan Bakri berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-9.

Perlawanan selepas itu dilihat banyak berlegar di tengah padang sambil kedua-dua pasukan terus buntu menambah jaringan.

Bagaimanapun Perak memiliki peluang terbaik menambah jaringan pada penghujung babak pertama, namun percubaan Pinto sekadar menggegar tiang gol sebelum melantun keluar, sekali gus menyaksikan keduduka 1-1, kekal hingga tamat babak pertama.

Perak bermuka garang oada baba kedua nagi menambah jaringan menerusi beberapa gerakan merbahaya ke gawang JDT.

Asakan-asakan berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang import, Vladislav Mirchev meledak gol kedua Perak pada minit ke-74.

Gol berkenaan nyata menyemarakkan lago semangat kesebelasan skuad Seladang itu untuk terus mengasak bagi menambah jaringan.

Namun semua asakan berkenaan menemui jalan buntu dan menyaksikan keputusan kekal hingga ke wisel penamat.

Perak – Muhammad Hafizul Hakim, Mohd Nasir Basharuddin, Mohd Shahrom Kalam (kapten), Mohd Zaquan Adha Abd Razak (Muhammad Ridzuan Azly Hussam), Faton Toski, Yashir Armando Pinto Islame, Vladislav Mirchev, Nazirul Naim Chd Hashim, Amirul Azhan Aznan, Mohd Hafiz Kamal, Thiago Junio De Aquino

JDT – Mohd Farizal Marlias Azamuddin Mohd Akil (Gonzalo Cabrera),Mohd Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio Elias Santos, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, Safuq Rahim (kapten), Ahmad Hazwan Bakri, Brian Federico Ferreira (Mahali Jasuli), S.Kunanlan, Muhammad Fazly Mazlan, Gabriel Guerra