LEKIR: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) tampil menghulurkan bantuan persekolahan kepada tiga beradik yatim piatu, Muhammad Daris Wafiy Sairulazuwan, 10 dan dua adiknya, Muhammad Daris Rayyan, 9 dan Muhammad Daris Amsyar, 5.

Bantuan berupa wang tunai RM2,000 dan beg sekolah disampaikan oleh Pengarah MARA Negeri Perak, Yahaya Sani di rumah datuk mereka, Nadzim Mohd Taib di Batu 9, dekat sini, pada Rabu.
Yahaya berkata, sumbangan itu adalah sebagai tanda simpati dan prihatin YPM terhadap ketiga-tiga beradik itu.

afeb7422-3b6a-4877-b458-0d61f5725fb2“Walaupun mungkin sumbangan ini tidak seberapa tetapi mereka kelihatan gembira menerimanya,” katanya kepada Suara Perak.

Anak-anak malang itu menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka terkorban dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Sitiawan-Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan di sini, baru-baru ini.

Pada 3 Disember tahun lalu, Sairulazuwan Nadzim, 37, dan isterinya, Azilina Abdul Aziz, 37, serta anak bongsu mereka, Muhamad Daris Iffat, tiga bulan, maut selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish yang dinaiki terbabas sebelum terbalik ke dalam parit.

fbbb2d7a-a098-4796-a0da-fc20eac414f5