LANGKAP: Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin meneruskan tradisi mengedarkan bubur lambuk setiap kali Ramadan tiba.

Sejak tahun 2009, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik itu mengedarkan bubur lambuk di Pusat Khidmat beliau di Pekan Langkap.

Setiap hari Jumaat di bulan Ramadan, beliau bersama-sama kakitangan pusat khidmatnya mengedarkan antara 800 hingga 1,000 bungkusan makanan tradisi itu.

Bungkusan bubur itu habis diedarkan kepada penduduk setempat yang datang antara jam 5 – 6 petang.

WhatsApp Image 2017-06-02 at 19.17.43