Anas Zubedy

KUALA LUMPUR : Pemimpin DAP,  menyokong saranan peguam Anas Zubedy supaya pendakwah bebas antarabangsa Dr Zakir Naik meninggalkan Malaysia secara sukarela.

Dengan memetik alasan Anas, Lim berkata Zakir perlu meninggalkan negara ini kerana didakwa boleh memberi kesan kepada kestabilan negara.

Alasan itu adalah kehadiran Zakir ialah boleh menimbulkan ketenagan dalam keluarga, persepsi bukan Islam terhadap Islam, perbandingan agama tidak sesuai di negara ini serta melambatkan pemulihan politik di negara ini.

“Anas sangat percaya bahawa sebagai orang yang mendedikasikan hidupnya dalam bidang dakwah, salah satu matlamat utama Zakir adalah untuk menarik bukan Islam mendekati Islam.

“Malangnya, di Malaysia, kehadirannya sedang bertentangan. Ia tidak produktif,” tulis Lim.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyifatkan kedudukan pendakwah tersohor dunia Zakir ibarat “ditelan mati emak, diluah mati bapa” dan meyebabkan Malaysia dalam keadaan serba salah.

Dalam temu bual bersama rangkaian berita antarabangsa dari Turki, TRT World, Mahathir dipetik sebagai berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum tidak sepatutnya menerima personaliti seperti Zakir.

“Di Malaysia, kami mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kami tak mahu sesiapa pun jua datang dan menyatakan pandangan ekstrem terhadap agama lain, atau tentang hubungan kaum (di negara kami),” kata Mahathir.

Sementara itu Lim berkata, debat perbandingan agama juga tidak mempunyai nilai di negara ini walaupun di negara luar ia menjadi “permainan” antara ahli agama.

Katanya, di Malaysia, orang bukan Islam tidak boleh memberi pandangan berhubung agama Islam apatah lagi untuk “berkhutbah” kepada penganut agama Islam.

“Saya bersetuju sepenuhnya dengan penulis, dan berharap Zakir akan bertindak balas secara positif kepada surat terbuka Anas,” tambah Lim lagi.

 

Status Zakir Naik buat Malaysia serba salah – Dr Mahathir