KUALA KANGSAR – Badan Amal Dan Usaha Isteri-Isteri Negeri Perak (BAIDURI) meneruskan kesinambungan rutin program permukiman di Kuala Kangsar dengan Ziarah Kasih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Yang DiPertuanya, Datin Seri Saripah Zulkifli bersama ahli BAIDURI memulakan program ziarah kasih itu seawal jam 9 pagi ke PDK Seri Murni Felda Lasah, Sg. Siput dan PDK Permata Indah Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.
IMG-20170517-WA0017
Masa yang ada digunakan sebaiknya oleh ahli BAIDURI dengan melihat perkembangan terkini pelatih-pelatih PDK seterusnya meninjau produk yang dihasilkan mereka.
Saripah dalam ucapannya turut melahirkan rasa gembira dengan pencapaian PDK di negeri ini sambil menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua jabatan yang terlibat membangunkan PDK.
IMG-20170517-WA0018
Antara produk yang dihasilkan oleh para pelatih PDK ialah coklat, bekas alatan solek, anyaman bantal, popia nestum serta biskut.
Saripah dan ahli BAIDURI turut menyampaikan sumbangan kepada setiap PDK yang dilawati sebelum meneruskan program di PDK Talian Permai, Padang Rengas dan PDK Lempor Kuala Kangsar.