KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Sumber memberitahu, Zulkifli dilantik mengisi jawatan terbabit susulan persaraan penyandangnya Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin.

Zulkifli mengetuai Jabatan KDNKA Bukit Aman sejak 4 Julai tahun lalu.

Sebelum itu, beliau pernah memegang beberapa jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pengarah Jabatan Pengurusan dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT).

Beliau juga pernah menjadi ketua polis negeri di Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur – berita harian