SUNGAI PETANI: Sekurang-kurangnya 10 cedera termasuk seorang anggota polis selepas mercun yang dipasang ketika perarakan sempena Thaipusam meletup di lokasi pengunjung.

Kejadian berlaku jam 8.40 malam tadi, ketika orang ramai menyaksikan perarakan pedati dan menunggu tokong besar yang diarak keluar dari Kuil Sri Subramaniam Swami, di sini.
Menurut saksi, berlaku empat letupan dan satu daripadanya meletup di tanah hingga mencederakan orang awam yang berdekatan.

Kesemua mangsa yang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, adalah seramai 26 mangsa termasuk berusia lima tahun.

Setakat siasatan awal, mendapati tiada sebarang unsur sabotaj atau khianat. – ASTRO AWANI