IPOH: Kehilangan tangan kiri akibat kemalangan jalan raya puluhan tahun lalu tidak menghalang Burhanuddin Mohd Hassan, 69,mengambil bahagian dalam program Malaysia#QuranHour bagi peringkat Negeri Perak.

Beliau merupakan di antara 1,000 peserta yang menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran dalam masa satu jam secara berkumpulan di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Muda Musa Mahadi, di sini.

Malaysia#QuranHour bermula serentak di seluruh Malaysia bermula jam 12 tengahari sehingga 1 petang.

bc95e513-67d6-48f1-a356-b6006ff5eebaBurhanuddin ketika ditemui Suara Perak berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapat keberkatan dalam bulan Ramadan.

“Hari ini saya datang ke sini tanpa tangan palsu disebabkan ia sedang dibaiki, namun tidak mengapa kerana saya masih berdaya dan mampu membaca al-Quran,” katanya yang merupakan pesara tentera.

Program bagi peringkat Negeri Perak dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Prihatin Perak (PWPP) dengan kerjasama Rumah Ngaji dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perak (LKPIM).

6494dea9-1429-405b-96f1-dbb159ca9330Hadir bagi merasmikan program itu ialah Orang Besar Jajahan Kinta, Dato’ Ab. Wahab Azizul Hassan dan Pengerusi PWPP, Datin Normah Hanum Ibrahim.

42b61d83-3eec-44c0-8d7d-fe72af99f25fDalam pada itu, Normah berkata, penglibatan aktif pihak NGO, pelajar dan masyarakat setempat berjaya menyemarakkan program itu.

Seorang lagi peserta, Selma Sulaiman, 59, berkata, kali ini merupakan penyertaan kedua baginya di Perak.

“Tahun lepas saya bersama rakan-rakan bertadarus di Teluk Intan sempena program ini. Alhamdulillah, kali ini, saya gembira menyaksikan kehadiran umat Islam sangat meriah,” katanya.

Katanya lagi, program ini wajar diberikan publisiti lebih meluas menerusi medium sosial dan eletronik bagi menarik minta masyarakat khususnya golongan muda.

5e4a70d6-69ca-46c3-a742-482af7508bc0