KAMPUNG GAJAH: Seramai 120 orang dari 20 buah kampung di Mukim Kampung Gajah dan Pulau Tiga menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai.

Sumbangan disampaikan Penasihat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dalam satu majlis di Masjid Fatullah, Pulau 3 Kanan dekat sini, pada Sabtu.

Zainol berkata, sumbangan itu dianjurkan Pakatan Harapan Pasir Salak kepada mereka yang kurang bernasib baik, termasuk sumbangan wang tunai.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat serba sedikit meringankan beban kewangan mereka,” katanya.

Selepas majlis penyampaian sumbangan, penerima kemudiannya diraikan dalam majlis berbuka puasa.