PUTRAJAYA: Seramai 17 pengawal keselamatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) tiba di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini untuk ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana.

Mereka tiba di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman kira-kira jam 9.15 pagi dengan sebuah bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber SPRM berkata, semua mereka ditahan petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Difahamkan, mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membabitkan jutaan ringgit.

Mereka yang ditahan termasuk seorang pegawai keselamatan Gred KP52 dan 18 pengawal keselamatan masing-masing Gred KP 11 hingga 38 berusia antara 31 hingga 51 tahun – berita harian