IPOH – Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Nege­ri bersama dengan syarikat The Dance Company memperuntukkan sebanyak RM30,000 bagi menaja dua bakat tempatan ke program pertukaran pelajar dalam bidang tarian di Scotland, United Kingdom (UK).

Dinamakan sebagai UK Dance Student Exchange Programme, program yang bakal dianjurkan selama 10 hari bermula 1 Disember depan itu dianjurkan hasil inisiatif Ballest West UK dan Direct Academia International.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan Belia dan Sukan ne­geri, Howard Lee Chuan How berkata, langkah penajaan tersebut dibuat susulan pencapai­an cemerlang anak-anak Perak dalam program Ballet West International Masterclass yang diadakan di Arena of Stars, Gen­ting Highland pada Ogos lalu.

“Oleh itu, kita akan menjalankan uji bakat pada 27 Ogos ini di House of Silveryouth, Ipoh untuk memilih dua bakat tempatan bagi menyertai UK Dance Student Exchange Programme.

“Kita menyasarkan pe­nyer­taan 100 individu untuk mengambil bahagian dalam uji bakat ini yang terbuka kepada pelajar berumur antara 13 hingga 24 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengarah The Dance Company, Shannon Lee dan Presiden Persatuan Seni Tarian Antarabangsa, Audrey Kwan.

Sementara itu, Shannon ber­kata, para pelajar yang berminat untuk menyertai program berkenaan boleh mempersembahkan apa jua jenis tarian yang diminati sewaktu uji bakat.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 05-3119127 atau menerusi e-mel: masterclass@dainternational.co.uk.

– utusan online