SERI ISKANDAR: Seramai 20 orang menerima bantuan kotak makanan sempena Maulidur Rasul di Masjid Bandar Universiti di sini, hari ini.

Majis penyampaian itu yang diadakan selepas kuliah Subuh dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed.

Menurut Khairul Shahril, majlis itu diadakan mengikut kaedah yang dibenarkan, termasuk prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Sebenarnya program ini diadakan secara santai, selepas solat dan kuliah Subuh, mengambil peluang sempena Maulidur Rasul,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota.

Menurutnya, kuliah subuh Maulidur Rasul telah disampaikan oleh penceramah radio Perak FM, Ustaz Ismail Shaari.