MENJELANG dua hari lagi hari pembuangan undi Pas Besut kehilangan aset penting apabila 200 ahli parti itu keluar parti untuk menyertai UMNO, malam tadi.

Kemasukan ahli parti pembangkang paling ramai dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) itu berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka terhadap pemimpin parti selain dipengaruhi oleh kekuatan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendekati rakyat.

Pengisytiharan keluar parti secara beramai-ramai itu diketuai pemuda, Mohamad Syakir Mustafa, 25, pada Program Kembali Ke Umno di Dataran Pasir Akar, Hulu Besut, malam tadi.

Mohamad Syakir, dari Kampung Gong Terap, Alur Lintah, dekat sini, ketika berucap pada majlis yang turut dihadiri oleh kira-kira 800 penyokong Umno itu berkata beliau dan rakan-rakan amat tertarik dengan gaya perjuangan Umno yang banyak mendekati rakyat dan berlainan dengan pembangkang terutama Pas yang tidak menjaga pengundi – hmetro

BERITA BERKENAANPRU14: Kecewa Manifesto Tidak Dilayan, Orang Asli Perak Tolak Pakatan Harapan