NAMA An Najwa Azizan tiba-tiba menjadi sebutan hari ini selepas kejayaan skuad bola jaring negara menamatkan kemarau 16 tahun pingat emas di Sukan SEA.

Biarpun sudah menceburi sukan bola jaring sejak 2013, namun mungkin kerana kurangnya pendedahan di media membuatkan tidak ramai yang berpeluang menyaksikan kehebatan An Najwa.

Hari ini, mata 32 juta rakyat Malaysia tertumpu kepada aksi memukau An Najwa dalam perlawanan akhir menentang Singapura. Pantang sahaja bola sampai ke tangannya, pasti akan menghasilkan gol.

-AstroAwani