Oleh:Nazialita Geynna Maharan

GERIK: Seorang bayi dua bulan meninggal dunia dalam sebuah kemalangan yang melibatkan empat beranak dalam sebuah kemalangan tragis di Lebuhraya Timur Barat berhampiran kawasan RNR Titiwangsa pada petang Selasa.

Dalam kejadian sekitar 6 petang itu, sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dipercayai menjunam sejauh 50 meter ke dalam gaung dalam kejadian di kawasan Jeli,Kelantan itu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Penolong Penguas Bomba Azizul Azwa Asaris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menerima panggilan sekitar 6.38 petang ke tempat kejadian.

“Pihak jentera telah tiba di lokasi dan operasi penyelamatan sedang giat dijalankan bersama pihak BBP dari Kelantan buat masa ini.

“Sebarang perkembangan lanjut akan menyusul dengan segera,”katanya kepada Suara Perak.