Subscribe Now

Trending News

260,000 dapat manfaat kadar penurunan cukai
Nasional

260,000 dapat manfaat kadar penurunan cukai

SEREMBAN 13 Feb. – Seramai 260,000 pembayar cukai dijangka mendapat manfaat daripada kadar penurunan cukai susulan pengurangan dua mata peratusan bagi kadar cukai pendapatan individu pemastautin.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Manap Dim berkata, individu bujang yang berpendapatan di bawah RM3,100 pula tidak perlu membayar cukai.

“Bagi tahun taksiran sebelum ini, seramai tiga juta orang yang mengembalikan borang bagi kategori pembayar cukai individu yang makan gaji, namun yang dikenakan cukai 1.8 juta sahaja.

“Bagi jumlah tersebut, nilai cukai akan susut lebih kurang RM1.3 bilion,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Creating Awareness, Sharing Nation’s Prosperity di Hentian Rawat dan Rehat (R & R) Seremban di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Related posts