KUANTAN : Tiga beranak termasuk dua kanak-kanak rentung dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa terdiri seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 rahun dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dalam lingkungan 10 tahun dan tujuh tahun.
Ketiga-tiga mangsa ditemukan terperangkap di dalam salah sebuah rumah berkenaan.
Berikut adalah senarai mangsa yang terkorban dan cedera dalam kebakaran tersebut.
Maut:
1. Sharifah Azlina Syed Kassim, 37.
(Ditemukan rentung dalam bilik belakang rumah)
2.Muhamad Haikal Hakimi Hairol, 11.
(Ditemukan rentung di sebuah lagi bilik belakang rumah)
3. Muhamad Adam Daniel, 7.
(Ditemukan rentung bersama abangnya, Muhamad Haikal Hakimi di bilik belakang rumah).
Parah:
1. Hairol Khalid, 38. (Suami Sharifah Azlina)
2. Syed Azman Syed Kassim, 25. (Adik Sharifah Azlina)
3. Norazilah Abdullah, 23. (Isteri Syed Azman)
Cedera:
1- Nor Syawalina Abdullah, 19. (Adik Norazilah)
Selamat:
1. Muhammad Alif Asyraf, 6. ( Anak pasangan Syed Azman dan Norazilah).

 

-UTUSANONLINE