KUCHING – Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak berjaya menahan 30 nelayan warga Vietnam yang aktif mencuri ikan di Perairan Tanjung Sirik, Bintulu pada 14 Mei lalu.

Pengarah Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata, kesemua nelayan asing tersebut ditahan ketika sedang memunggah ikan pada pukul 5.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mereka menggunakan nombor bot palsu dan Jalur Gemilang bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Polis juga merampas kesemua empat buah bot termasuk kira-kira 9,000 kilogram (kg) hasil laut.

“Kesemua nilai rampasan yang meliputi bot dan hasil tangkapan dianggarkan berjumlah RM25 juta,” katanya pada sidang akhbar di Jeti Kompleks APMM Muara Tebas di sini sebentar tadi. -K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz4hJ0sMWXN
Hakcipta terpelihara